Sunday, 13 July 2014

Ramadhan Kareem

APA khabar ana? Apa hal berblogger pulak? Saja Ana...entah mengapa, teringin pula menulis. Jangan terkejut Ana..shhhhh...dulu akau ada berblog juga tapiiiii...hangat2 taik ayam!
     Tapi kali ni agak berbeza teknik penulisan aku. Ana akan jadi watak utamanya. Kenapa Ana? Kenangan di sekolah bersama Ana sentiasa segar dalam ingatanku.
Walau aku kira, Ana sudah melupakan aku...aku tak kisah Ana...taraf kedudukan kita nyata berbeza. Aku cuma suri rumah biasa tapi Ana ada title Doktor di pangkal nama. Tahniah Ana. Ana tetap sahabat baik aku.
   Ana...kehidupanku baik2 saja. Aku dianugerahkan dengan 5 cahaya mata, 3 heroin 2 hero...hebatkan?
     Hari ni sudah 15 Ramadhan. Ramadhan ke 4 aku dan keluarga di Seberang Prai. Cepat benar masa berlalu. Anakku Muhammad Haziq dah sibuk bertanya, bila Raya bu? Tapi Muhammad belum mampu berpuasa. Tak per lah...umurnya baru 7 tahun.
     Ana..cukuplah setakat ini dulu entry pertamaku bersama Aku, Ana dan Kehidupan.Belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Ramadhan Kareem. 

No comments:

Post a Comment